Tuesday 1 May 2012

How to train your serama (STEP 2)


Langkah 2 (Membentuk disiplin dan membina persefahaman)
Step 2 (Discipline and communication building) 

1)       Ayam yang sudah dipilih dari langkah 1 diasingkan rebannya apabila berumur dalam lingkungan 2 bulan. Letak seekor sahaja dalam satu reban yang selesa. Reban mestilah tidak terlalu kecil dan tidak pula terlalu besar.
Separate the choosen chicken in Step 1 when their age around 2-3 month old. Put only one chicken in a comfortable room. The room must not very small or not very big.
2)       Makanan diberikan 2 atau 3 kali sehari dan keluarkan baki makanan dari reban apabila ayam tersebut sudah kenyang. Minuman mesti sentiasa ada di dalam reban, dicampur dengan vitamin atau ubatan yang sesuai. Makan dan minum mesti diberikan semasa didalam reban sahaja.
Feed the chicken 2 or 3 times a day and take out the balance of food when the chicken don’t want to eat anymore. The water must always in the room and mix the water with vitamins or suitable medicine. Food and water must be given in the chicken room only.  
3)       Masukkan ayam di dalam kotak yang selesa pada waktu malam, tutup dengan kain biar gelap dan simpanlah di dalam rumah. Apabila matahari pagi telah terbit, keluarkan ayam tersebut dan letaklah di atas meja diluar rumah selama 5-10 minit untuk dia berkokok dan bermain. Lepas tu bolehla nak masukkan dalam reban untuk beri makan dan minum. Kalau ada masa lagi keluarkanlah semula ayam tersebut untuk dibelai, bercakap dengannya dan bermain dengannya.
Put the chicken in a comfortable box at night, cover the top of the box with a  cloth to make it dark and put inside your house. When the sun rise in the morning, take out the chicken from the box and put on a table outside your house. Let him crows and playing on the table for 5-10 minutes. After that you can feed the chicken in his room. If you had extra time, take him out again to touch, play and talk with him.
4)       Proses ini mengambil masa yang tidak menentu bergantung kepada perubahan yang berlaku kepada ayam yang dilatih. Biasanya antara 2-3 bulan.
No time limits for this process and depends on the changes of the chicken behavior. Usually between 2-3 month.
5)       Hasilnya nanti ayam tersebut akan membentuk disiplin yang baik seperti :-
At the end, the chicken will shows a good disciplines :-
a)    Berkokok apabila berada atas meja.
        Crows when put on a table.
b)       Hanya makan dan minum di dalam sangkar dan bukannya semasa di atas meja. Ia akan menganggap atas meja adalah tempat untuk beraksi, bermain dan memanggil kawan bukannya untuk makan dan minum.
Only eat and drink in his room not on a table. He will consider that on the table is a place to act, call friends and to play but not to eat and drink.
c)       Memberi tindak balas apabila kita menyebut perkataan tertentu yang kita gunakan semasa melatihnya. Perkataan tersebut mestilah berbentuk arahan yang pendek yang berupa larangan atau galakan untuk melakukan sesuatu yang kita mahukan.
Show responses when we said certain words that we used in training session. The word must be short instruction like a prohibition word or encourage word that we want the serama to follow. 

No comments:

Post a Comment