Friday 28 February 2014

Bon kecil di Sungai Petani Kedah 01.03.2014 (Small serama contest at Sungai Petani Kedah 01.03.2014)

Bon ni dah sama pulak tarikh dengan bon kat Kuala Krai. Tapi takpe dua-dua bon kecil boleh pilih mana yang terdekat dengan tempat kita.. 

Wednesday 19 February 2014

Bon kecil di Kuala Krai Kelantan 01.03.2014 (Small serama contest at Kuala Krai Kelantan 01.03.2014)

Ada lagi bon serama...Bon kecil-kecil cili padi.. Kali ni di Kuala Krai pada 01.03.2014 bertempat di SK Sultan Yahya Petra depan hospital besar Kuala Krai... Mari adik kakok ramai-ramai kita serbu bon ni... Melotop sakan serama tahun ni... Penuh bon sana sini... Apa pikir lagi mari...mari...mari....

Sunday 16 February 2014

Anak terminator lagi (Terminator offsprings again)

Anak Terminator vs Melati
Terminator vs Melati offsprings

Kali ni tetas 3 ekor
Hatching 3 chicks for this time

Mudah mudahan boleh membesar dengan baik
Hopefully can growth well


Wednesday 12 February 2014

Lagi-lagi anak Terminator (Terminator's offsprings again)

Anak Terminator vs Madu
Terminator vs Madu offsprings

Paling banyak bawak turun anak setakat ni.
The most chicks was hatching until now..

Anak Terminator vs Nilam
Terminator vs Nilam offsprings

Paling sedikit bawak turun anak setakat ni.
The least chicks was hatching until now.


Monday 10 February 2014

Sunday 9 February 2014

Cadangan untuk mengangkat pertandingan serama ke peringkat antarabangsa

Salah satu cara untuk mengangkat serama ke peringkat antarabangsa ialah melalui pertandingan serama. Tidak mudah untuk menjayakan sesuatu pertandingan serama. Tidak ramai pihak yang sanggup menanggung risiko apabila menganjurkan pertandingan serama. 

Serama Ikon Malaysia ada daya penariknya yang tersendiri dan terbukti dengan semakin bertambahnya peminat serama di seluruh dunia yang boleh kita lihat sendiri melalui facebook, blogspot, youtube dan sebagainya. Tua, muda, kanak-kanak semua minat serama.. Orang Eropah pun dah jatuh hati dengan serama kita ini. 

Semakin ramai yang berminat dengan serama maknanya rezeki semua penternak serama juga bertambah. Pendapatan negara juga bertambah dengan bertambahnya kedatangan pelancong asing ke negara kita. Tidak rugi kalau kerajaan negeri atau kerajaan pusat atau pihak swasta menganjurkan pertandingan serama ini sebagai daya penarik untuk menarik pelancong asing ke negara kita sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Johor yang menganjurkan Bon Air Hitam tahun lepas. Pada tahun ini pula Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan turut menganjurkan Bon Peringkat Kebangsaan Di Negeri Kelantan pada 15 Februari ini. Syabas di ucapkan.

Sudah sampai masanya pertandingan serama di jadikan lebih hebat untuk menarik peminat serama seluruh dunia untuk memeriahkannya. Antara cadangan saya untuk meningkatkan kemeriahan pertandingan serama ini ialah :

1) Adakan pertandingan serama peringkat antarabangsa, peringkat kebangsaan atau peringkat negeri.. Bilangan pertandingan pula mestilah sesuai. Contoh peringkat antarabangsa sekali setahun, peringkat kebangsaan 2 kali setahun, peringkat negeri nak banyak manapun tak kisah... Barulah prestij pertandingan tu ada.. dan sesuai dengan taraf pertandingan tersebut.

2) Promosi untuk pertandingan perlu meluas. Semua pemilik blog dan facebook patut membantu dengan mempromosikan sesuatu pertandingan serama yang diadakan itu. Jika ada bantuan dari pihak media samada radio, surat khabar atau televisyen lagilah bagus. Gunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam poster pertandingan atau iklan untuk memudahkan peminat serama seluruh dunia memahaminya. Jemput peminat serama seluruh dunia untuk masuk bertanding atau datang untuk melihat sahaja.

3) Persatuan atau kelab serama seluruh negara perlu meminta bantuan kerajaan untuk menyediakan tempat khusus seperti dewan terbuka atau tertutup yang selesa dan direka untuk pertandingan serama. Ruang parking kereta yang cukup, ada tempat duduk penonton, tempat joki, tempat pengadil, meja pertandingan, tandas, ruang tempat meletak serama yang bertanding dan sebagainya. Dewan ini juga sepatutnya dijadikan pelbagai fungsi seperti gelanggang badminton untuk orang ramai apabila tiada pertandingan serama dijalankan.

4) Semasa hari pertandingan berlangsung sediakan ruang untuk perniagaan di luar sekitar dewan seperti tapak pasar tani yang boleh disewa khusus untuk jualan serama atau ubatan serama atau makanan serama atau peralatan serama atau poster atau cenderahati serama atau kedai foto segera untuk gambar serama semasa pertandingan itu dan sebagainya berkenaan serama yang boleh diniagakan. Ini memberi peluang perniagaan kepada peniaga dan penternak serama. Keuntungan kepada penganjur melalui yuran pertandingan. Pendapatan kepada kerajaan melalui sewa tapak perniagaan dan kedatangan pelancong asing. Tapi sewanya biarlah berpatutan.. Dok gitu..

5) Sediakan juga ruangan untuk jualan makanan dan minuman untuk orang ramai yang datang... Kalau takder makanan dan minuman... kelaparan la pulak orang ramai yang datang tu yea...

6) Banner atau poster pertandingan perlu di letakkan di lapangan terbang dan pemandu teksi air port perlu tahu tempat pertandingan dijalankan supaya mudah membawa pelancong asing ke situ. 

7) Adakan sesi fotografi untuk setiap pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati bagi semua kategori pertandingan. Ambil gambar ayam dengan tuan ayam tu sekali.. Yang menang bonanza pun boleh masuk sekali.. biar nampak meriah sikit.. Paparkan pada web, blog, facebook atau surat khabar ker.. Baru gempak.. Ini boleh memberi motivasi kepada semua peminat dan penternak serama untuk terus mengembangkan dunia serama ini.

Akhir kata... Majulah serama untuk negara. Tersalah kata harap ampunkan.. Tersalah pendapat harap betulkan... Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah itu datangnya dari diri saya sendiri sebagai manusia yang serba kekurangan. Terima kasih..

Saturday 8 February 2014

Anak-anak Terminator Malaya sudah menetas buat pertama kalinya (Terminator Malaya's offsprings was hatching for the first time)

Anak Terminator vs Dayang
Terminator vs Dayang offsprings

Tetas 2 ekor saja
Only 2 chicks was hatching

Nak tahu apa akan jadi... Tungguu
Want to know what they will be... Just waits