Monday 28 May 2012

The Power Of Training

 Biasanya ayam jantan akan berlawan sesama sendiri apabila bertemu
Normally the male chickens (cocks) will fighting each other when they meet.
 Apabila 3 ayam jantan dilatih dengan membesar bersama... tinggal bersama..
When 3 cocks was train by growing them together.... living together..
 Bermain bersama.... Makan bersama...
Playing together.... eating together...
Sekarang mereka sudah dewasa tetapi masih boleh hidup harmoni bersama-sama....????
Now they become adult but still can living harmony together..... ????

Wednesday 23 May 2012

Example of serama that was trained well


Ayam serama ini kepunyaan saudara Amir (Serama Penang). Beliau telah upload video ini di dalam you tube. Saya ambil ayam ini sebagai salah satu contoh ayam yang mempunyai pakej yang lengkap dan telah dilatih dengan cemerlang oleh saudara Amir... Tahniah. Rakan-rakan boleh ambil video klip ini sebagai satu contoh ayam serama yang telah berjaya dilatih dengan cemerlang.

This serama belong's to Mr. Amir (Serama Penang). He was upload this video in you tube. I shows this video for an example of serama that got full package and well trained by Mr. Amir.... Congratulation. We can use this video clip for an example of serama that was successfully trained.   

Sunday 13 May 2012

Bloodline Vs Training


Ayam ini asalnya daripada reban Saudara Khairul Sri Mas Wakaf  Baharu Kelantan. Telah dijual pada Oktober 2011 dengan harga yang termahal jugaklah pada tahun tu RM 13 Ribu. Setelah lama berada di reban saudara Hatta, baru-baru ini terbang ke Galaxy Rain Farm Indonesia. Tak pastilah pulak dijual ke dipinjamkan ke. Itu mukadimahnya. Saya tunjukkan gambar Serama Ikon Malaysia ini kerana ramai yang bertanya bagaimana nak latih ayam serama supaya  jadi macam ayam kat atas ni? Sayapun jawablah kalau ayam tu asal bloodline yang biasa saja latih macam manapun takkan jadi bentuk badan macam tu. Itulah penting dapatkan ayam dari bloodline yang cantik bentuk badannya supaya anak-anaknyapun adalah yang mengikut bentuk badan cantik macam ibubapanya juga. Kesimpulannya bloodline tu penting dan trainingpun juga penting untuk menghasilkan seekor serama yang hebat.

This chicken origin's is from Mr. Khairul Sri Mas Farm at Wakaf Baharu Kelantan. Then sold at October 2011 with the high price RM 13 thousand. After long time at Mr. Hatta's Farm this chicken got long journey to Galaxy Rain Farm Indonesia. I'm not sure this chicken was sold to Galaxy Rain Farm or just lent it. I show this Iconic Malaysian Serama because many people asking how to train serama to be like the chicken above? So, I answer it, if your serama from ordinary bloodline you cannot get the serama with nice body posture like that even you train your serama very hard. That's important why we should get the serama with nice body posture bloodline's to get some chicks with nice body posture just like their parents. For the conclusion the bloodline is important and the training session is also important to produce the great serama. 

Wednesday 9 May 2012

Example how to train serama from the great teacher


Serama ini dipanggil Yellow Submarine kepunyaan Dr. Zul yang berasal dari Bachok Kelantan. Serama yang hebat ini tidak pernah dikalahkan pada zamannya dalam mana-mana pertandingan yang disertai. Banyak serama dari bloodlinenya telah menjadi juara pada masa sekarang. Daripada video ini kita boleh perhatikan dan mendapat sedikit ilmu bagaimana Dr. Zul seorang guru yang hebat melatih seramanya yang juga hebat. Video ini diambil sebelum Dr. Zul meninggal dunia. Hadiahkanlah Al Fatihah untuk beliau semoga dicucuri rahmat Allah S.W.T.


This serama is called Yellow Submarine belong's to Dr. Zul from Bachok Kelantan. This is the great serama that never defeated in all contests he attend. His bloodline until now always become champion in a lot of contests. In this video we can observe and get a little knowledge how Dr. Zul the great teacher train his great serama. This video was taken by Dr. Zul before he pass away. Al Fatihah to him, may Allah bless him. 


Sunday 6 May 2012

Another Example Of Serama Contest in Malaysia

Ini adalah contoh terbaik lain pertandingan serama di Malaysia. Rakan-rakan boleh menggunakan video ini sebagai panduan untuk melatih serama tuan. Walaupun video ini sudah lama dan format pertandingan sekarangpun dah berubah sedikit tetapi suasana pertandingannya tetap sama saja. Terima kasih kepada rakan yang upload video yang baik ini dalam youtube.
This is another the best example of serama contest in Malaysia. You can use this video as a guide to train your serama. Thanks to the person that upload this nice video in youtube.

Saturday 5 May 2012

Example Of The Great Serama Contest in Kuala Terengganu

Video ini saya sertakan untuk rujukan kepada kawan-kawan yang mungkin tidak berkesempatan melihat sendiri suasana pertandingan serama. Jadi sedikit sebanyak dapatlah membantu dalam melatih serama kawan-kawan. Ini adalah satu contoh suasana pertandingan yang sangat hebat yang saya ambil dari youtube. Pertandingan ini bertujuan untuk merebut gelaran Best Of The Best (BOTB). Tahniah kepada rakan yang telah upload video ini.
This video is an example of the great contest to grab the title Best Of The Best (BOTB). 
I show this video for you to understand the real situation in the serama contest in Malaysia. So, you can train your serama chics better. Thanks to the person that upload this great video in youtube.

Tuesday 1 May 2012

How to train your serama (STEP 1)


Bagaimana cara untuk melatih serama
How to train your serama

Langkah 1 ( Mewujudkan hubungan dan mengenalpasti potensi)
Step 1 (Built a relationship and identified the potential)
a)       Bermula dengan memilih ayam yang berumur sekitar sebulan. Biasanya ayam yang dipilih mempunyai aksesori yang menarik atau dijangkakan akan mempunyai aksesori yang menarik kelak.
Starting by choosing serama chicks around one month old. Usually we choose the chicks that have a good body posture and the other accessories  or we aspect the chicks will become good looking someday.

b)       Letakkan anak ayam tersebut di atas meja selalu apabila kita lapang dan usik selalu supaya dia selesa dengan kita dan tidak takut dengan manusia. Perlu dilakukan dalam tempoh 1-3 bulan.
Always put the chicks on a table and play with them around 2 - 30 minutes to make them comfortable with us and do not afraid with humans. Repeat this step for 1-3 month.

c)       Sepanjang tempoh latihan ini, kita perlu meneliti potensi yang ada pada setiap ayam yang dilatih dan mengelaskannya kepada 3 kategori seperti berikut :-
Along the training session we must identify the potential for each chicken and grouping them into 3 categories:

i) Ayam yang mudah dilatih (bergaya, berani dan tenang)
                    Chicken that easy to train ( got action, brave and calm down)           
Ayam ini diberi lebih perhatian, selalu diletakkan di atas meja pada waktu pagi dan petang atau apabila kita lapang dan perlu konsisten. Kita perlu mengenalpasti ayam mana yang boleh menyerlah untuk dibawa ke peringkat yang lebih jauh atau sebaliknya. Ayam yang mempunyai potensi untuk dibawa ke meja pertandingan kelak dipilih dan diasuh dengan Langkah 2 seterusnya.
This chicken need full  attention, always put on a table in the morning and afternoon or when we free. This activities must be consistent.We must identified which chicken got potential to go further or not. Choose the chicken that have potential for the contest and follow the Step 2.

ii) Ayam yang liar, aktif dan agresif
                    Wild, active and aggressive chicken         
Ayam ini biasanya mengambil masa yang panjang untuk melatihnya. Perlu selalu diusik, dipegang, dibelai dan seumpamanya sehingga menjadi kebiasaan. Aktiviti ini bertujuan untuk menghilangkan rasa takut kepada manusia dan membentuk hubungan yang erat.  
This type of chicken usually taking a long time to train. Must always touch and play with the chicken until they feel comfortable with us. The focus of this activities to build a good relationship between humans and the chicken and to make them not afraid with us.    

iii) Ayam yang lemah dan penakut
                     Weak and coward chicken         
Kalau nak biarkan sahaja dahulu ayam inipun boleh. Letaklah di atas meja dan usiklah sekali sekala. Kekalkan aktiviti ini sehingga ada tanda seperti sudah tidak takut apabila ditangkap, selesa apabila dipegang, mula datang perangai baru boleh mula latih ikut katagori ayam  di c (i). Ayam serama sukar dijangka dan boleh berubah perangai pada bila-bila masa atau tidak berubah langsung.
If you want to put away this type of  chicken first is okay. Should put on a table and keep touching but not very often. Maintain this routine until the chicken shows changes in their behavior, not afraid anymore and feel comfortable in our hands .Then follow the step in c(i) category. The serama chickens are unpredictable and can change their behavior anytime or not changing at all.   

How to train your serama (STEP 2)


Langkah 2 (Membentuk disiplin dan membina persefahaman)
Step 2 (Discipline and communication building) 

1)       Ayam yang sudah dipilih dari langkah 1 diasingkan rebannya apabila berumur dalam lingkungan 2 bulan. Letak seekor sahaja dalam satu reban yang selesa. Reban mestilah tidak terlalu kecil dan tidak pula terlalu besar.
Separate the choosen chicken in Step 1 when their age around 2-3 month old. Put only one chicken in a comfortable room. The room must not very small or not very big.
2)       Makanan diberikan 2 atau 3 kali sehari dan keluarkan baki makanan dari reban apabila ayam tersebut sudah kenyang. Minuman mesti sentiasa ada di dalam reban, dicampur dengan vitamin atau ubatan yang sesuai. Makan dan minum mesti diberikan semasa didalam reban sahaja.
Feed the chicken 2 or 3 times a day and take out the balance of food when the chicken don’t want to eat anymore. The water must always in the room and mix the water with vitamins or suitable medicine. Food and water must be given in the chicken room only.  
3)       Masukkan ayam di dalam kotak yang selesa pada waktu malam, tutup dengan kain biar gelap dan simpanlah di dalam rumah. Apabila matahari pagi telah terbit, keluarkan ayam tersebut dan letaklah di atas meja diluar rumah selama 5-10 minit untuk dia berkokok dan bermain. Lepas tu bolehla nak masukkan dalam reban untuk beri makan dan minum. Kalau ada masa lagi keluarkanlah semula ayam tersebut untuk dibelai, bercakap dengannya dan bermain dengannya.
Put the chicken in a comfortable box at night, cover the top of the box with a  cloth to make it dark and put inside your house. When the sun rise in the morning, take out the chicken from the box and put on a table outside your house. Let him crows and playing on the table for 5-10 minutes. After that you can feed the chicken in his room. If you had extra time, take him out again to touch, play and talk with him.
4)       Proses ini mengambil masa yang tidak menentu bergantung kepada perubahan yang berlaku kepada ayam yang dilatih. Biasanya antara 2-3 bulan.
No time limits for this process and depends on the changes of the chicken behavior. Usually between 2-3 month.
5)       Hasilnya nanti ayam tersebut akan membentuk disiplin yang baik seperti :-
At the end, the chicken will shows a good disciplines :-
a)    Berkokok apabila berada atas meja.
        Crows when put on a table.
b)       Hanya makan dan minum di dalam sangkar dan bukannya semasa di atas meja. Ia akan menganggap atas meja adalah tempat untuk beraksi, bermain dan memanggil kawan bukannya untuk makan dan minum.
Only eat and drink in his room not on a table. He will consider that on the table is a place to act, call friends and to play but not to eat and drink.
c)       Memberi tindak balas apabila kita menyebut perkataan tertentu yang kita gunakan semasa melatihnya. Perkataan tersebut mestilah berbentuk arahan yang pendek yang berupa larangan atau galakan untuk melakukan sesuatu yang kita mahukan.
Show responses when we said certain words that we used in training session. The word must be short instruction like a prohibition word or encourage word that we want the serama to follow. 

How to train your serama (STEP 3)


Langkah 3 ( Membiasakan diri dengan suasana pertandingan)
Step 3 ( Adaptation into contest surrounding)

  1. Apabila langkah 2 telah selesai, serama anda mungkin sudah berumur sekitar 4-6 bulan.
When the Step 2 accomplish, your serama maybe around 4-6 month old.

  1. Selalu pindahkan meja  di tempat yang berbeza-beza semasa melatih serama untuk membiasakannya dengan pelbagai bentuk persekitaran supaya tidak kaku apabila berada atas meja pertandingan yang sememangnya persekitarannya berbeza.
Always put a table at different surrounding when training session so your serama will adapt with any surrounding and do not get shock when you  put him on a table in contest.

  1. Biasakan ayam serama anda dengan bunyi bising kerana selalunya di tempat pertandingan sememangnya bising. Bunyi bising tersebut selalunya adalah bunyi sorakan orang ramai, bunyi tepukan atau bunyi muzik.
Train your serama to adapt with noisy situations because at the contest situations was noisy. The noisy sound maybe came from shout voice, clapping hand or music.

  1. Letakkan beberapa ekor serama lain di atas meja berasingan dan jarakkan sedikit antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk memberi saingan kepada serama anda sebagaimana dalam pertandingan merebut gelaran Best Of The Best (BOTB).
Put  another seramas on a different table and keep the distance between each other. So your serama will have contestants such as in the contest to grab the title Best Of The Best (BOTB).

  1. Bawalah ayam serama anda ke rumah kawan-kawan serama anda dan adakan satu pertandingan seperti pelawanan persahabatan gitu.
Take your serama to your friends house for a friendly contest.

  1. Akhir sekali, bawalah ayam serama kesayangan anda menyertai pertandingan. Semakin banyak pertandingan disertai semakin matang serama anda beraksi.
Finally, take your lovely serama join a contest. The more the contest you join the matured your serama will act.
  

Perhatian
Attention please…

Tidak semua orang mempunyai kaedah yang sama untuk melatih serama. Terpulanglah kepada anda untuk memilih kaedah anda sendiri. Apa yang ditulis dalam blog ini adalah sekadar untuk berkongsi sedikit ilmu dengan kawan-kawan semua. Jika anda bermurah hati untuk berkongsi kaedah anda melatih serama, sangatlah saya hargai. Jika ada salah dan silap haraplah dimaafkan. Terima kasih.
Not all persons practice the same method to train their serama. It is up to you to choose your own method. What I’m wrote in this blog is just to share with you all. If you generously want to share your method to train serama,  I appreciate it. Thanks.