Tuesday 25 September 2012

Tips untuk merawat ayam yang sakit ( How to treat the infected chicken )


 1) Kenal pasti jenis penyakit dan dapatkan ubat yang sesuai. Contohnya ubat di atas ini sesuai untuk ayam yang demam, selsema, hawak, tak lalu makan, tak hadam dan berak kapur.
Identify the disease and get the suitable medicine. For example, the above medicine effective on infectious diseases like fever, cold, poor appetite, indigestion and white dysentery


2) Dapatkan picagari dan sambung muncungnya dengan tiub getah lebih kurang 2 cm panjang untuk mudah masukkan ubat ke dalam mulut ayam. Guna sukatan ubat seperti yang disarankan oleh pengeluar ubat. 
Get a syringe and connect the head with 2 cm long of rubber tube  for easy to feed the medicine to the infected chicken. Use the suitable dose as suggested by the producer.



3) Selepas diberi ubat, asingkan ayam yang sakit di tempat yang bersih, pengudaraan yang baik dan bebas dari nyamuk.
After feeding the medicine to the chicken, quarantine the infected chicken at the clean place, good ventilation and free from mosquitoes  



4) Berikan makanan dan air minuman yang cukup.
Supply enough food and water to the chicken


 5) Bekalkan cahaya dan haba yang cukup. Ayam yang sakit kerana selsema menjadi lemah dan kesejukan jadi ia perlukan bantuan haba untuk memanaskan badannya supaya lebih bertenaga.
 Supply enough heat and light. The chicken infected by influenza disease usually become weak and cold so she need an extra heat and light to make her stronger.


6) Apabila ayam sudah mula makan dan minum itu adalah tanda ayam tersebut sudah mula pulih. Jika ayam masih tidak makan dalam tempoh 8 jam, suapkan ayam tersebut dengan makanan seperti larutan nestum dengan menggunakan picagari di langkah 2 tadi. Ayam yang sakit dan tidak makan akan menjadi lemah dan mudah mati. 
When the infected chicken start eating that shows the positive healing process. If the chicken still not eating within 8 hours, feed the chicken with nestum solution using the syringe as the step 2 above. The infected chicken will getting weaker and easy to die if she did not take any food.


7) Ini adalah kaedah yang saya guna untuk merawat ayam saya yang sakit. Mungkin kawan-kawan ada kaedah yang lebih baik yang boleh dikongsikan bersama. Kalau terlalu sayangkan ayam kawan-kawan, saya syorkan bawalah ke klinik haiwan berjumpa dengan doktor haiwan dan itulah cara rawatan yang terbaik.
This is my method that I used to treat my chicken. Maybe you also have a better method to share with all of us. If you really love your seramas, I suggest bring them to animals clinic and get the best treatment for your pets.

25 comments:

  1. Hi Don: I see on the top of metal mesh cylinders, a lid that is mobile network, where I can find this type of metal net cover to close the cylinders training?
    thanks

    ReplyDelete
  2. The metal net cover that you saw on the top of metal mesh cylinders actually is a desk fan cover that was reused. I hope you are happy with the answer :)

    ReplyDelete
  3. Kalau ayam pucat nk wt macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ayam pucat kerana cacing atau sakit. Kalau cacing ayam jadi kurus tidak aktif dan muka pucat rawat dengan cara berikan ubat cacing. Kalau penyakit lain cuba kenal pasti penyakitnya dan cari ubat yang sesuai. Kalau tak pasti sakit apa cuba dulu beri ubat Champion SK merah seperti yang saya post dalam blog ini. Kalau tiada kesan cubalah ubat lain..

      Delete
  4. Ubat ayam yg berwarna merah tu kita perlu berikan terus pada ayam atau kena campur dengan air dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kekalkan kesihatan ayam campur dengan air minuman untuk diminum setiap hari. Tetapi untuk merawat ayam yang sakit berikan terus pada ayam dan tak perlu campur air.

      Delete
  5. Salam, saya ada ayam serama ni. Tapi saya bela seekor sahaja dan takda bercampur dengan ayam lain. Saya beli di rumah saya, ke banyakkan dia di dalam rumah dan di halaman rumah sahaja. Kebiasaan hari dia aktif banyak bunyi, makan dan minum berselera, berkokok pun lama. Tapi semenjak 4 5 hari ni dia tiba2 tak aktif, makan dan minum pun tak, berkokok pun satu kali sahaja pada waktu pagi, itupun sekali kokokan je. Taktahu apa punca, harap boleh tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba beri ubat air merah champion yang saya post kat atas ini? Beri terus 5ml ubat kepada ayam sakit 2 kali sehari pagi dan petang. Ikut cara yang saya dah tunjukkan di atas ini.

      Delete
  6. saya nk tny, ayam serama jantan saya, bulu dekat leher abis tanggal knp ye? ada sekor ibu ayam ni pun sama gak, bulu dkat leher mula tanggal lpaz sminggu mngeram.... harap dpt la membantu saya. sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulu leher ayam jantan itu mungkin di patuk/ dimakan oleh ibu ayam. Asingkan nanti bulunya akan tumbuh semula. Ibu ayam yang mengeram itu mungkin sedang meluruh bulunya. Nanti ia akan tumbuh semula. Untuk jaga bulu ayam supaya kemas dan cantik selalulah mandikannya dan gunalah syampu.

      Delete
    2. terima kasih bnyk2 di atas jawapan tersebut... sy ingin bertny lg, sekor lg ibu betina, dia x xtif mcm biasa, dkat bontot dia, tahi asyik kluar meleh, lpaz tu bunyi bsing (xde la kuat sngt, tp mcm dia xslesa) sy xth sbb apa... mohon pandangan dari tuan,

      sy tggl kl tp xth kat area mn ada jual ubat2 ayam serama, mmg ssh nk cr...

      Delete
    3. Asingkan dulu ibu ayam tersebut dari ayam jantan sampai dia sihat. Mandikan ayam itu dan syampu bagi bersih. Letak tempat yang bersih dan pengudaraan yang baik. Saya tak lihat ayam itu dan tak pasti ayam tu sakit apa. Cuma dari cerita tuan nampaknya macam kena beri ubat cacing. Masuk dalam mudah.my ada yang jual ubat cacing online. Kalau tak berjaya ikhtiarkanlah cara lain.

      Delete
    4. ok saya paham, ayam betina yang sakit tu, sama macam gambar tuan yang atas tu, warna pun sama.... dekat bonot, tahi asyik mleleh je kluar. xpe, saya cuba cari ubat cacing tu dulu. pape pun saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab membantu.....

      Delete
  7. Ayah bawa balik ayam katik dr kampung. Kitorg mmg xtau apa pasal ayam. Satu hari tu tetiba ayam mcm nazak, dia x boleh diri. Tapi still hidup dlm 2 hari. Kalau nazak nape x mati lagi kn? Kitorg syak maybe dia kena sengat dgn ular ke kala jengking ke ntah la. Mmg zero knowledge pasal ayam katik ni. Any suggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam yang dah nazak susah nak sembuh. Kalau dipagut ular atau disengat jengking ayam itu biasanya akan mati dalam tempoh yang singkat. Kalau 2 hari masih bertahan mungkin ayam itu dijangkiti penyakit. Cuba ubatkan guna cara yang dah saya postkan diatas. Kalau tak berkesan juga ikhtiarkanlah cara lain.

      Delete
    2. Thanks for your reply. Lama jgk ayam tu bertahan at last kena tanam jgk 😢 pape pun thanks a lot 👍👍

      Delete
    3. Mungkin dah takda rezeki. Kita hanya mampu berusaha dan akhirnya ketentuan Allah mengatasi segalanya.

      Delete
  8. Saya ada menggunakan SK Champion ni. Dulu ayam saya sakit badan lesu jalan pun huyung hayang macam mabuk, saya bagi SK Champion ni direct tanpa campuran air lebih kurang dalam 3ml-5ml guna alat penyuntik (shrine) lepas lima minit potong bawang merah hiris halus lepas tu suap kemulutnya. Kemudian jemur sekejap. Alhamdullillah ayam saya segar semula dengan izinNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Mie Jebat kerana sudi berkongsi pengalaman disini. Mudah-mudahan kita semua boleh saling membantu dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama.

      Delete
  9. Hi.. Teacher Ayam serama, anak Ayam Saya Sudah sikit

    ReplyDelete
  10. Boleh contact me 0168866728

    ReplyDelete
  11. Hi, nak tanya ayam saya mempunyai simptom seperti berkahak...seperti sedang selesma, adakah cara lain utk merawat selain menggunakan ubat diatas...

    ReplyDelete
  12. Ayam serama Saya kulitnya Mula bengkak bengkak kuning...pada mulanya muka semua ada tanda tanda kuning..skrg seluruh badan mcm tu, kenapa yek. Sedih Sgt tgk.

    ReplyDelete
  13. @bopelnews
    Bopelnews Menyediakan Berita Seputar Sepak Bola Terlengkap Dan Terupdate

    Yuk baca sekarang juga berita- berita hangat seputar sepak bola dunia

    ReplyDelete