Sunday 29 December 2013

Tips untuk merawat serama sakit mata (How to treat the infected eyes of seramas)

 Ubat untuk kebanyakan jangkitan sakit mata yang biasa berlaku.
The medicine for an ordinary eyes infection.

Ubat untuk jangkitan sakit mata yang diserang cacing.
The medicine for eyes infected by worm .

Thursday 12 December 2013

Game Kelate 14.12.2013 ditangguhkan kepada 28.12.2013 (Serama contest at Kelantan 14.12.2013 was delay to 28.12.2013)

Dari Facebook Serama Anak Johor.... Saya cuma tolong hebahkan saja. Apa-apa hal call penganjur ok. No. telefon penganjur ada tertera pada poster di bawah ini.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
PERHATIAN
BON 14 /12 /2013 TAMAN ORKID AKAN DI TUNDA KEPADA 28/12/2013 KERANA ATAS FAKTOR CUACA YANG TIDAK MENGIZINKAN SETELAH DIRUJUK DARI JABATAN METEOROLOGI..
DIHARAP RAKAN-RAKAN DAPAT MENYAPAIKANKAN MAKLUMAT INI KEPADA YANG LAIN..


Ada berita baik bagi orang jauh yang dah ambil cuti dan dah prepare untuk pegi Bon Taman Orkid tapi dah ditangguhkan. Ni ada bon kecik tapi baik punye anjuran GBM. Alang-alang dah kat Kelantan tu... Apa lagi tunggu mari kita serbu.... 

Salam Semua ,Pada 14/12/2013 Kami Group Berani Mati (GBM) Akan Anjurkan Pertandingan Ayam Serama Bertempat Di tempat Cuci Kereta Bon mingguan chempaka. Masa daftar 9am sampai 2pm Ketegori Yang Di pertandingkan Adalah Seperti Berikut, Anak A ,Anak B , Remaja ,Muda, Serama A ,Serama B,Tanpa Lawi Dan Induk. Hadiah No1 Rm 150 No2 Rm 100 No3 Rm 70 Saguhati Rm 40 ( 30% Dari Penyertaan ) Botb Rm100 Cabutan Bertuah Rm 100 x1 Rm 50 x3 Rm 30 x5 Hamper 10 Yuran Pernyataan Rm25 Untuk Maklumat Lebih Lanjut Sila Hubung Abg Soh Jambu 017 982 4828 n Mengkb 0129210486

Saturday 7 December 2013

Tips ubatan merawat serama semasa musim banjir (Medicines for seramas during flood season)

Antibiotik Extra Plus ini sesuai untuk merawat penyakit selsema, coryza, E-coli, colisepticeamia, salmonellosis, taun unggas dan sebagainya.. Sangat mudah cara penggunaannya, titis saja setitis ke dalam mulut serama setiap hari selama 1-2 hari. Kalau tidak menunjukkan kesan penyembuhan yang positif eloklah ikhtiar cara lain.

This Extra Plus antibiotic is suitable for diseases like cold, coryza, E-coli, colisepticeamia, salmonellosis, fowl cholera etc.. Very simple to applied, just feed a drop of this medicine one time per day for 1-2 days. If still no positive healing situation maybe you should use another ways.


Selepas 2 hari merawat dengan antibiotik Extra Plus didapati serama saya sudah selamat dari keadaan kritikal tapi kesihatannya masih kurang memuaskan. Balung dan kerandut serama saya masih kebiruan. Jadi saya sambung rawatan dengan ubat Union Sulfa ini. Saya berikan 2 kali sehari di waktu pagi dan petang dan alhamdulillah ia menunjukkan kesan yang baik dimana balung dan kerandut serama saya sudah mula beransur menjadi merah dan ayam sudah semakin sihat.

After 2 days using Extra Plus antibiotic and I found that my serama is safe from critical situation but I still unsatisfied with his condition. His comb still blue in colour and I continue the treatment using this Union Sulfa medicine 2 times a day in the morning and evening. Thanks to the god his condition becomes better and his comb slowly turns red again.  

Friday 6 December 2013

Anak-anak musim banjir (Flood season seramas chicken)


 Tetasan bulan November
Hatching on November

Tetasan bulan Oktober (Bintang dan Matahari)
Hatching on October (Bintang and Matahari)

Thursday 5 December 2013

Jerung Malaya masuk kategori muda (Jerung Malayas goes to Young Category)

 Inilah dia Jerung Malaya sekarang..
This is Jerung Malayas now..

Kaki kurang kuat dan dilepaskan bermain seharian..
I leave him playing along the day because his legs was weak..

Menariknya.... Bila saja nak masukkan ke reban kerana hari dah nak magrib dia mula tunjuk gaya selam sebegini...
Amazing.... During dawn and I want to get him and put inside a coop then he shows fully head pull styles like that...

Wednesday 4 December 2013

Video Bayu Malaya (Bayu Malaya's video)

Rasailah getarannya...
Feel her vibrating....

Getarannya selembut bayu yang menghembus...
Her vibrating very soft just like wind breezing...

Monday 2 December 2013

Matahari Malaya

Beratnya lebih kurang 100g.
His weight about 100g.

 Cutting tinggi dan slim.
Tall and slim body cutting.

Dah mula tunjuk dada...
Start showing his chest...

Sunday 1 December 2013

Bintang Malaya

Mula menyelam awal macam ni la yang merisaukan saya...
Fully head pull when he was very young makes me worried...

 Takut body jadi rosak bila makin membesar...
Can cause his body posture become damage when he grows up... 

Kalau tarik sikit-sikit saja takde hal sangat...
If just a little head pull it's ok... 

Sunday 10 November 2013

Tips penjagaan kesihatan ayam serama di musim hujan atau banjir (Seramas health care during raining or flood month)



Antara perkara yang penting semasa musim hujan atau banjir ini ialah penjagaan air minuman ayam serama kita. Pada musim banjir ini penyakit yang biasa menyerang ialah penyakit Taun dan ia biasanya merebak melalui air. Ubat di atas ini sesuai untuk mengawal penyakit Taun dan campurkan ke dalam air minuman ayam serama kita sepanjang musim banjir ini. Ikut sukatan yang disarankan oleh pengeluar pada label botol ubat ini untuk mengawal atau mengubati ayam yang sudah dijangkiti. Gunakan air paip kerana ia sudah dicampur dengan klorin yang sedikit sebanyak sudah merencatkan pertumbuhan banyak bakteria dalam air.

One of important things to take action during raining or flood month is drinking water for our seramas. During this month the disease that usually infected our seramas is Cholera and it's spread by water. The medicine above is suitable to control this disease and mix it with the drinking water for our seramas along this month. Use the dosage that was suggested by the producer of this medicine to control or to cured the infected chicken . Use tap water as our seramas drinking water because it's already mixed with chlorine and most of bacteria in the tap water was retarded. 

Saturday 9 November 2013

Alhamdulillah 3 lagi induk bawa turun anak pagi ini (This morning another 3 my serama hens carrying their chicks)

Syukur kepada Allah. Setakat ni hampir kesemua induk kat reban boleh bertelur, mengeram dan menjaga anak dengan baik. Pagi ni tambah lagi 3 ekor induk yang bawa turun anak. Menjadikan sekarang ni dah ada 8 induk yang sedang bawa anak. Mudah mudahan boleh membesar dengan baik hendaknya. Amin..........

Thanks to The God. Until now almost my seramas hen can laying eggs well, successful incubating their eggs and take care of their youngs nicely. In this morning another 3 my serama hens hatching and carrying their youngs. Until now there are 8 my seramas hen carrying their youngs at my little farm. Hopefully they can grows well and healthy. Ameennn....  

Orkid Malaya

 Salju Malaya

Pelangi Malaya

Thursday 7 November 2013

5 induk yang sedang bawa anak (5 serama hens and their chicks)

Sebenarnya buat masa ni ada 5 induk sedang bawa anak kat reban kecil saya ini.. Sebelum ni sempat postkan 2 induk saja. Kali ni sempat ambil video skali...
Actually there are 5 serama hens carrying their chicks at my little farm... before this I already posted only 2 serama hens with their chicks.. Now I got their videos... 


Mega Malaya 

Tsunami Malaya

Melati Malaya

Seroja Malaya

Madu Malaya

Monday 4 November 2013

Giliran Seroja Malaya pula bawa turun anak (Seroja Malaya's turn to carrying the new chicks)

 Ada dua ekor anak yang sihat dan montel
There are two healthy and chubby chicks

Baru menetas semalam dan hari ini baru masukkan ke reban. Anak yang baru menetas elok dibiarkan dulu sehari bersama induk di dalam kotak bertelur untuk beri masa bulunya betul-betul kering dan anak ayam menjadi lebih kuat.
Just hatching yesterday and today I put them inside a coop. Better if we let the new hatching chicks inside the nest box with their mother for a day to make sure their feathers really dried and the chicks will become stronger.

Saturday 2 November 2013

Melati Malaya kali pertama bawa turun anak (Melati Malaya first time carrying her chicks)

 Baru semalam menetas dua ekor anak ni..
This two chicks was hatching yesterday..

 Anak sangat halus... mudah-mudahan panjang umur.. Amin.
Very tiny little chicks... hopefully they will be long life.. Ameen.

Biasanya kalau kita biarkan induk jaga sendiri anaknya.. peratusan anak untuk hidup lebih tinggi.. 
Usually if we let their mother take care of their chicks .. the percentage to live much higher..

Friday 1 November 2013

Bayu Malaya

 Anak dara lagi nii...
Still young maiden...

 Antara calon induk reban tahun depan... Mintak-mintaklaa boleh bertelur dengan baik.. Amin..
The candidates for breeding next yaer... hopefully she can laying eggs well.. Ameeen..

Baka selam campur getar...
Fully head pull styles and vibrating styles bloodlines...

Thursday 31 October 2013

Tips untuk membuat sangkar latihan serama (How to made a training cage for seramas)

 Dapatkan penutup kipas meja yang tidak digunakan, jaring dawai yang telah dipotong, kabel pengikat dan gunting.
Get an unusable table fan cover, metal nets, cable ties and scissors. 

 Cantumkan penutup kipas meja dan jaring dawai menggunakan kabel pengikat.
Attach the table fan cover and the metal nets by using the cable ties.

 Cantumkan sehingga benar-benar tercantum rapat..
Attach until it's really bounding together..

 Cantumkan pula bahagian tepi jaring dawai antara satu sama lain.
Then attach the side metal nets each other.

 Boleh lipatkan hujung dawai yang terbuka untuk mencantumkannya seperti gambar di atas ini..
You can fold at the end of the metal nets to attach it like the picture above..

 Selepas itu jaring dawai tersebut akan tercantum seperti gambar di atas..
After that the metal nets will be attached each other like the picture above.

 Lakukan sentuhan terakhir untuk kemaskan sangkar latihan serama anda..
Do a final touch to keep you seramas training cage neat and tidy..

 Akhirnya terhasillah sangkar latihan serama ini.. Selamat Mencuba..
Finally the seramas training cage was produced... Have fun... 

Sunday 27 October 2013

Serama Malaya di Facebook (Serama Malayas on Facebook)

Sebenarnaya saya dah buat akaun Facebook dalam tahun ni jugak la cuma tak aktif jer. Dalam minggu lepas saya cubalah kemaskini Facebook dan cari rakan-rakan serama di Facebook. Sungguh mengejutkan saya ramai rupanya geng serama kat facebook sampai dah tak larat nak add semua geng-geng serama di serata dunia. Saya pula jenis yang jarang-jarang online disebabkan kesibukan kerja dan urusan keluarga. Kalau ada yang massage tak berbalas tu harap ampun dan maaf banyak-banyak. Mungkin blog dan email jer yang lebih sesuai untuk saya. Saya ada masukkan tiga gambar terbaru Terminator Malaya khusus untuk rakan-rakan di Facebook. Tak dapatla nak postkan dalam blog gambar tu tapi takpe saya ada lagi gambar lain.. Heheeee.

Actually I already have a Facebook account but its not active. By the past week I try to update my Facebook and looking for seramas fan in the Facebook. I was very surprised  because there are so many seramas fan around the world until I can't add all of them to be my friends. Because of works and family matter I can't always keep on line in Facebook. I'm really sorry if there is any massages that I wasn't replied. Maybe blog and email are more suitable for me. I was posted three latest pictures of Teminator Malayas special for my Facebook friends. So I can't post that picture in my blog but never mind I still have another pictures... Heheee.  

 Ayam ni memang boleh bawa masuk bon tapi nasib dia kurang baik sebab dok kat tuan yang sibuk memanjang. Tak dapatla merasa persaingan di bon.
This cockerel actually can go for the contest but I don't have time to bring him there.. So pity he can't get the experience to compete in the contest. 
  
 Walaupun dah masuk dengan indukpun gaya dia tetap maintain...
Even I put him with the seramas hens his style still maintain...

Nantikanlah anak-anaknya yang akan menghiasi blog ini tahun hadapan... harap-harapla menjadi semuanya. Amin...
Waits  for his offspring's that will be posting in this blog on the next year .... Hopefully it will be succeed... Amin...

Sunday 20 October 2013

Seminggu selepas diasingkan (A week after been separated)

 Shogun Malaya dah mula belajar selam selepas diasingkan dari kawan-kawannya.
Shogun Malaya start showing full head pull after been separated from his friends.

Badan dah mula tarik lentok yang melelehkan air liur bila melihatnya...  
The body posture become awesome and very attractive...

Ayam ni sebenarnya anak lagi... Kecik ajer budak ni tapi gaya jer dah macam ayam besar.
Actually this serama still a young chicks.. Just a little boy but got a style like an adult.

Saturday 12 October 2013

Proses pembiakan serama (Seramas breeding process)

Video proses pembiakan serama secara semulajadi.
Natural seramas breeding process videos.

Pasangan serasi.... ada chemistry.
Matching couple.... Having a chemistry.