Tuesday 1 May 2012

How to train your serama (STEP 1)


Bagaimana cara untuk melatih serama
How to train your serama

Langkah 1 ( Mewujudkan hubungan dan mengenalpasti potensi)
Step 1 (Built a relationship and identified the potential)
a)       Bermula dengan memilih ayam yang berumur sekitar sebulan. Biasanya ayam yang dipilih mempunyai aksesori yang menarik atau dijangkakan akan mempunyai aksesori yang menarik kelak.
Starting by choosing serama chicks around one month old. Usually we choose the chicks that have a good body posture and the other accessories  or we aspect the chicks will become good looking someday.

b)       Letakkan anak ayam tersebut di atas meja selalu apabila kita lapang dan usik selalu supaya dia selesa dengan kita dan tidak takut dengan manusia. Perlu dilakukan dalam tempoh 1-3 bulan.
Always put the chicks on a table and play with them around 2 - 30 minutes to make them comfortable with us and do not afraid with humans. Repeat this step for 1-3 month.

c)       Sepanjang tempoh latihan ini, kita perlu meneliti potensi yang ada pada setiap ayam yang dilatih dan mengelaskannya kepada 3 kategori seperti berikut :-
Along the training session we must identify the potential for each chicken and grouping them into 3 categories:

i) Ayam yang mudah dilatih (bergaya, berani dan tenang)
                    Chicken that easy to train ( got action, brave and calm down)           
Ayam ini diberi lebih perhatian, selalu diletakkan di atas meja pada waktu pagi dan petang atau apabila kita lapang dan perlu konsisten. Kita perlu mengenalpasti ayam mana yang boleh menyerlah untuk dibawa ke peringkat yang lebih jauh atau sebaliknya. Ayam yang mempunyai potensi untuk dibawa ke meja pertandingan kelak dipilih dan diasuh dengan Langkah 2 seterusnya.
This chicken need full  attention, always put on a table in the morning and afternoon or when we free. This activities must be consistent.We must identified which chicken got potential to go further or not. Choose the chicken that have potential for the contest and follow the Step 2.

ii) Ayam yang liar, aktif dan agresif
                    Wild, active and aggressive chicken         
Ayam ini biasanya mengambil masa yang panjang untuk melatihnya. Perlu selalu diusik, dipegang, dibelai dan seumpamanya sehingga menjadi kebiasaan. Aktiviti ini bertujuan untuk menghilangkan rasa takut kepada manusia dan membentuk hubungan yang erat.  
This type of chicken usually taking a long time to train. Must always touch and play with the chicken until they feel comfortable with us. The focus of this activities to build a good relationship between humans and the chicken and to make them not afraid with us.    

iii) Ayam yang lemah dan penakut
                     Weak and coward chicken         
Kalau nak biarkan sahaja dahulu ayam inipun boleh. Letaklah di atas meja dan usiklah sekali sekala. Kekalkan aktiviti ini sehingga ada tanda seperti sudah tidak takut apabila ditangkap, selesa apabila dipegang, mula datang perangai baru boleh mula latih ikut katagori ayam  di c (i). Ayam serama sukar dijangka dan boleh berubah perangai pada bila-bila masa atau tidak berubah langsung.
If you want to put away this type of  chicken first is okay. Should put on a table and keep touching but not very often. Maintain this routine until the chicken shows changes in their behavior, not afraid anymore and feel comfortable in our hands .Then follow the step in c(i) category. The serama chickens are unpredictable and can change their behavior anytime or not changing at all.   

No comments:

Post a Comment