Tuesday, 1 May 2012

How to train your serama (STEP 3)


Langkah 3 ( Membiasakan diri dengan suasana pertandingan)
Step 3 ( Adaptation into contest surrounding)

  1. Apabila langkah 2 telah selesai, serama anda mungkin sudah berumur sekitar 4-6 bulan.
When the Step 2 accomplish, your serama maybe around 4-6 month old.

  1. Selalu pindahkan meja  di tempat yang berbeza-beza semasa melatih serama untuk membiasakannya dengan pelbagai bentuk persekitaran supaya tidak kaku apabila berada atas meja pertandingan yang sememangnya persekitarannya berbeza.
Always put a table at different surrounding when training session so your serama will adapt with any surrounding and do not get shock when you  put him on a table in contest.

  1. Biasakan ayam serama anda dengan bunyi bising kerana selalunya di tempat pertandingan sememangnya bising. Bunyi bising tersebut selalunya adalah bunyi sorakan orang ramai, bunyi tepukan atau bunyi muzik.
Train your serama to adapt with noisy situations because at the contest situations was noisy. The noisy sound maybe came from shout voice, clapping hand or music.

  1. Letakkan beberapa ekor serama lain di atas meja berasingan dan jarakkan sedikit antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk memberi saingan kepada serama anda sebagaimana dalam pertandingan merebut gelaran Best Of The Best (BOTB).
Put  another seramas on a different table and keep the distance between each other. So your serama will have contestants such as in the contest to grab the title Best Of The Best (BOTB).

  1. Bawalah ayam serama anda ke rumah kawan-kawan serama anda dan adakan satu pertandingan seperti pelawanan persahabatan gitu.
Take your serama to your friends house for a friendly contest.

  1. Akhir sekali, bawalah ayam serama kesayangan anda menyertai pertandingan. Semakin banyak pertandingan disertai semakin matang serama anda beraksi.
Finally, take your lovely serama join a contest. The more the contest you join the matured your serama will act.
  

Perhatian
Attention please…

Tidak semua orang mempunyai kaedah yang sama untuk melatih serama. Terpulanglah kepada anda untuk memilih kaedah anda sendiri. Apa yang ditulis dalam blog ini adalah sekadar untuk berkongsi sedikit ilmu dengan kawan-kawan semua. Jika anda bermurah hati untuk berkongsi kaedah anda melatih serama, sangatlah saya hargai. Jika ada salah dan silap haraplah dimaafkan. Terima kasih.
Not all persons practice the same method to train their serama. It is up to you to choose your own method. What I’m wrote in this blog is just to share with you all. If you generously want to share your method to train serama,  I appreciate it. Thanks.

No comments:

Post a Comment