Bagaimana cara untuk melatih serama
How to train your serama
Langkah 1 ( Mewujudkan hubungan dan mengenalpasti
potensi)
Step 1 (Built a relationship and
identified the potential)
a)
Bermula dengan
memilih ayam yang berumur sekitar sebulan. Biasanya ayam yang dipilih mempunyai
aksesori yang menarik atau dijangkakan akan mempunyai aksesori yang menarik
kelak.
Starting by choosing serama chicks
around one month old. Usually we choose the chicks that have a good body
posture and the other accessories or we
aspect the chicks will become good looking someday.
b)
Letakkan anak
ayam tersebut di atas meja selalu apabila kita lapang dan usik selalu supaya
dia selesa dengan kita dan tidak takut dengan manusia. Perlu dilakukan dalam
tempoh 1-3 bulan.
Always put the chicks on a table and
play with them around 2 - 30 minutes to make them comfortable with us and do
not afraid with humans. Repeat this step for 1-3 month.
c)
Sepanjang tempoh
latihan ini, kita perlu meneliti potensi yang ada pada setiap ayam yang dilatih
dan mengelaskannya kepada 3 kategori seperti berikut :-
Along the training session we must
identify the potential for each chicken and grouping them into 3 categories:
i)
Ayam yang mudah dilatih (bergaya, berani
dan tenang)
Chicken that easy to train ( got action, brave and calm down)
Ayam
ini diberi lebih perhatian, selalu diletakkan di atas meja pada waktu pagi dan
petang atau apabila kita lapang dan perlu konsisten. Kita perlu mengenalpasti
ayam mana yang boleh menyerlah untuk dibawa ke peringkat yang lebih jauh atau
sebaliknya. Ayam yang mempunyai potensi untuk dibawa ke meja pertandingan kelak
dipilih dan diasuh dengan Langkah 2 seterusnya.
This chicken need full attention, always put on a table in the
morning and afternoon or when we free. This activities must be consistent.We
must identified which chicken got potential to go further or not. Choose the
chicken that have potential for the contest and follow the Step 2.
ii)
Ayam yang liar, aktif dan agresif
Wild, active and aggressive chicken
Ayam
ini biasanya mengambil masa yang panjang untuk melatihnya. Perlu selalu diusik,
dipegang, dibelai dan seumpamanya sehingga menjadi kebiasaan. Aktiviti ini
bertujuan untuk menghilangkan rasa takut kepada manusia dan membentuk hubungan
yang erat.
This type of chicken usually taking a
long time to train. Must always touch and play with the chicken until they feel
comfortable with us. The focus of this activities to build a good relationship
between humans and the chicken and to make them not afraid with us.
iii)
Ayam yang lemah dan penakut
Weak and coward chicken
Kalau
nak biarkan sahaja dahulu ayam inipun boleh. Letaklah di atas meja dan usiklah sekali
sekala. Kekalkan aktiviti ini sehingga ada tanda seperti sudah tidak takut
apabila ditangkap, selesa apabila dipegang, mula datang perangai baru boleh
mula latih ikut katagori ayam di c (i).
Ayam serama sukar dijangka dan boleh berubah perangai pada bila-bila masa atau
tidak berubah langsung.
If you want to put away this type of chicken first is okay. Should put on a table
and keep touching but not very often. Maintain this routine until the chicken
shows changes in their behavior, not afraid anymore and feel comfortable in our
hands .Then follow the step in c(i) category. The serama chickens are
unpredictable and can change their behavior anytime or not changing at all.
No comments:
Post a Comment