Langkah 2 (Membentuk disiplin dan membina persefahaman)
Step 2 (Discipline and communication
building)
1)
Ayam yang sudah
dipilih dari langkah 1 diasingkan rebannya apabila berumur dalam lingkungan 2
bulan. Letak seekor sahaja dalam satu reban yang selesa. Reban mestilah tidak
terlalu kecil dan tidak pula terlalu besar.
Separate the choosen chicken in Step 1
when their age around 2-3 month old. Put only one chicken in a comfortable
room. The room must not very small or not very big.
2)
Makanan diberikan
2 atau 3 kali sehari dan keluarkan baki makanan dari reban apabila ayam
tersebut sudah kenyang. Minuman mesti sentiasa ada di dalam reban, dicampur
dengan vitamin atau ubatan yang sesuai. Makan dan minum mesti diberikan semasa
didalam reban sahaja.
Feed the chicken 2 or 3 times a day and
take out the balance of food when the chicken don’t want to eat anymore. The
water must always in the room and mix the water with vitamins or suitable
medicine. Food and water must be given in the chicken room only.
3)
Masukkan ayam di
dalam kotak yang selesa pada waktu malam, tutup dengan kain biar gelap dan
simpanlah di dalam rumah. Apabila matahari pagi telah terbit, keluarkan ayam
tersebut dan letaklah di atas meja diluar rumah selama 5-10 minit untuk dia
berkokok dan bermain. Lepas tu bolehla nak masukkan dalam reban untuk beri
makan dan minum. Kalau ada masa lagi keluarkanlah semula ayam tersebut untuk
dibelai, bercakap dengannya dan bermain dengannya.
Put the chicken in a comfortable box at
night, cover the top of the box with a cloth to make it dark and put inside your
house. When the sun rise in the morning, take out the chicken from the box and
put on a table outside your house. Let him crows and playing on the table for
5-10 minutes. After that you can feed the chicken in his room. If you had extra
time, take him out again to touch, play and talk with him.
4)
Proses ini
mengambil masa yang tidak menentu bergantung kepada perubahan yang berlaku
kepada ayam yang dilatih. Biasanya antara 2-3 bulan.
No time limits for this process and
depends on the changes of the chicken behavior. Usually between 2-3 month.
5)
Hasilnya nanti
ayam tersebut akan membentuk disiplin yang baik seperti :-
At the end, the chicken will shows a
good disciplines :-
a) Berkokok
apabila berada atas meja.
Crows when put on a table.
b) Hanya makan dan minum di dalam sangkar dan bukannya
semasa di atas meja. Ia akan menganggap atas meja adalah tempat untuk beraksi,
bermain dan memanggil kawan bukannya untuk makan dan minum.
Only eat and drink in his room not on a
table. He will consider that on the table is a place to act, call friends and
to play but not to eat and drink.
c) Memberi tindak balas apabila kita menyebut perkataan tertentu
yang kita gunakan semasa melatihnya. Perkataan tersebut mestilah berbentuk
arahan yang pendek yang berupa larangan atau galakan untuk melakukan sesuatu
yang kita mahukan.
Show responses when we said certain
words that we used in training session. The word must be short instruction like
a prohibition word or encourage word that we want the serama to follow.
No comments:
Post a Comment