Sunday, 21 October 2012

Tips untuk memilih makanan serama. (How to choose the food for serama)

 Serama ialah haiwan omnivor yang makan tumbuhan dan haiwan lain. Jadi sebaiknya pelbagaikan makanan serama untuk memastikan serama anda mendapat diet seimbang. Jika serama dalam proses pembiakan bekalkan pelbagai jenis makanan setiap hari dan jangan hadkan kuantitinya. Jika serama dalam latihan untuk pertandingan kawal pemakanannya dari segi kuantiti tetapi masih perlu pelbagaikan makanannya. Sekali sekala berilah ayam makan rumput atau biarkannya makan batu kecil untuk sistem pencernaannya.

Seramas are an omnivorous animals that eats plant and other animals. Feed your seramas with various food to make sure they get a balance diet. If your serama under breeding process, feed your serama everyday with unlimited various food. If your serama under training for the contest, feed your seramas with limited food but still giving them the varieties. Every week let your seramas eating grass and small stone for their digestion system.

 Sekoi - Baik untuk tulang dan cangkerang telur
Sekoi - good for the bones and the eggs shell.

 Jagung -  baik untuk tenaga ayam
Corn - good for energetic chicken.

Dedak Gold Coin - Baik untuk pertumbuhan dan otot
Gold coin pallet - good for growth and muscle  

Dedak telur - Baik untuk induk betina 
The eggs stimulants pallet - good for seramas hen.

Padi burung - Baik untuk pencernaan. 
Paddy - good for digestion.


Saturday, 20 October 2012

Telur Oh telur (Eggs Ooo Eggs)

 Kalau telur-telur ini menetas semuanya..... agak-agaknya apa akan jadi kat reban Malaya? Riuh semalaya la jadinya...
If all of this eggs hatching.... What will happen to my little farm? For sure it will be crowded and noisy. 

Ini semua adalah telur tiga ekor induk pemalas kat reban Malaya..
The all eggs above are from the lazy serama hens at my little farm...

 Induk pemalas 1 (Seri Malaya)
The lazy hen 1 (Seri Malaya)

 Induk pemalas 2 (Dara Malaya)
The lazy hen 2 (Dara Malaya)

Induk pemalas 3 (Tsunami Malaya)
The lazy hen 3 (Tsunami Malaya)

Betik Malaya (The Malayan Papaya)

 Diam-diam sebenarnya kat reban ada anak baru. Betik Malaya nama dia. Kenapa Betik pulak? Mungkin sebab dia comel macam betik. Huhu..
Actually at my little farm had a new chick. The name is Papaya. Why Papaya? Maybe because he/she is cute like Papaya...Huhu.

 Si Betik ni memangla bergaya betul... Tengok dia tarik kat reban tak jemu mata memandang. Harap-harapla boleh kekalkan dan tingkatkan gaya dan bentuk badan ini sampai besar.
This little Papaya got styles. Got nice body posture. I hope the styles and the body posture will be lasting and improving while growing to adult.

Leher panjang dan lembut. Harap boleh selam bila dah besar nanti.
Long and soft neck. Hopefully can be fully stretch back in the future. 

Jejaka terhangat di Malaya (Hottest guys in Malaya)

Serama ini berubah warna peringkat demi peringkat dari hitam+putih dan akhirnya menjadi warna hitam+merah. Bulu sayap dan dada kebiruan. Warna ekor kehijauan. Warna bulu tengkuk dan pinggang kemerahan.

This serama changing colour step by step from black+white and finally transform into black+red. The wing and chest colours become blue based. The tail colours become green based. The neck and the back colours become red.



Dewasa
Adult



Muda
Young



Remaja
Teenagers

Ayam Jual Tak Laku.... (Nobody wants to buy this serama..)

Ayam ini pernah saya masukkan dalam mudah.my untuk dijual dengan harga Rm100 saja dan boleh mintak kurang lagi tuu. Tapi takde sorangpun call ke sms ke nak tanya pasal ayam ni.. huhu.... kesian..
I offers this serama at mudah.my for Rm100 only and the buyers also can negotiable the price but nobody interested with this serama. Huhu..... so sad. 

Tapi baik juga tak laku.. dah berubah macam ni... tak mudah nak dilepaskan lagi...
But now... after the serama changing into this shape.... not easy to let go this serama again.

 Itulah cerita ayam serama di atas ini...kisahnya umpama rama-rama, semasa kecilnya adalah beluncas yang hodoh tapi bila tiba masanya ia berubah menjadi rama-rama yang indah...  
That is the story of the serama above... Like a butterfly.... Being an ugly caterpillar first before changing into beautiful butterfly someday.