4 WAYS HOW TO
BREED SERAMA
4 CARA BREDDING
AYAM SERAMA
1. PUREBREEDING
1. PUREBREEDING
Breed serama from
the same bloodline. This technique was applied when this serama bloodline
always be champion. This technique usually applied by the breeder that very
fanatic to the choosen serama bloodline. For example, Serama A bloodline must
be mix with the serama A bloodline only.
Mengahwinkan Ayam Serama dari baka yang sama atau susur galur yang sama. Teknik ini diamalkan apabila kita mengetahui yang Ayam Serama dari baka ini sentiasa menjadi juara. Selalunya cara ini digunakan bagi peminat yang betul - betul fanatik dengan sesuatu baka tersebut. Contohnya: Ayam Serama A dikawinkan hanya dengan Ayam Serama A sahaja.
2. INBREEDING

Breed serama that
have some bloodline relationship. This technique was applied when we want to
explore the mystery characteristics from the choosen bloodline. This technique
need fully controlled discipline and fix schedules. For example, The A
bloodline rooster mix with a hen that we knows carry the A bloodline. This ways
need at least 3-4 years to produce the great Hussin 2000 bloodline by breed the
rooster with their daughter and granddaughter and great-granddaughters….
Mengahwinkan Ayam Serama dari Ayam Serama yang mempunyai pertalian darah. Cara ini dilakukan apabila kita mahukan ciri - ciri yang tersembunyi dari baka tersebut. Cara ini memerlukan displin yang tinggi kerana memerlukan inbreeding terarah dan terkawal. Contohnya : Seekor Ayam Serama Jantan Baka (A) dikawinkan dengan Induk yang dipercayai/ketahui mempunyai darah Baka (A). Cara ini memerlukan sekurang - kurangnya 3 - 4 tahun untuk mengeluarkan semula darah Baka Hussin 2000 itu dengan cara mengawinkan semula diantara bapak dengan anak, cucu & cicit.
3. CROSSBREEDING
Breed serama from
2 different bloodline without any relationship. From this gamble breeding
technique hopefully can produce a serama that have the great characteristics
from the mix bloodline. For example, Serama A mix with serama B produce new
serama bloodline with the mix caracteristics from their parents.
Mengahwinkan Ayam Serama dari 2 jenis baka yang berdarah murni tanpa pertalian darah. Dengan cara ini diharapkan lahirlah Ayam Serama yang unggul dari kedua dua belah pihak. Contohnya : Ayam Serama Baka (A) dikawinkan dengan Ayam Serama Baka (B).
4. UPGRADING
Mix serama from
the great bloodline with the ordinary bloodline that have good performance.
This ways usually used by the breeder that vary confident with their own
bloodline. Every step must be under controlled, means every young must be breed
with their parents to get the new generation with the improvement bloodline.
The more the generations the greater the serama to be.
Mengahwinkan Ayam Serama dari baka unggul dengan baka biasa-biasa sahaja yang dilihat bergaya. Cara ini biasanya dilakukan oleh mereka-mereka yang yakin dengan baka sendiri. Setiap teknik yang digunakan mestilah di dalam keadaan dikawal maksudnya setiap anak serama yang dihasilkan mestilah dikahwinkan semula dengan bapak atau induknya semula bagi mendapatkan generasi yang lebih cantik dan hebat bergaya. Lagi banyak tingkatan generasinya lagi hebat seseekor Ayam Serama tersebut.

No comments:
Post a Comment