Saturday, 8 December 2012

Tips untuk membina reban yang baik (How to build a good coop)


Tidak semua orang mempunyai kawasan yang luas dan bajet yang besar untuk membina reban yang cantik dan luas seperti di atas ini. Walaupun begitu kerana minat yang mendalam untuk membela serama maka kita buatlah reban yang termampu untuk kita sediakan. Apapun jenis reban yang kita nak buat sepatutnya kita mengambil kira faktor-faktor berikut:-
Not all persons have enough spaces and enough budgets to build a beautiful and huge aviary like above. Because of very deep interest to keep seramas as our pets so we build a coop based on our capability and situation. There are a few factors that was listed below to be considered when building a coop :-    

1) Ruang yang sesuai dan selesa berdasarkan saiz dan bilangan ayam yang hendak dimasukkan
    ke dalamnya.
    Suitable spaces and comfortable according to the size and the numbers of seramas that we want
    to put in.
2) Pengudaraan yang baik
    Good ventilation
3) Pencahayaan yang baik
    Good lighting
4) Tidak boleh dimasuki oleh haiwan pemangsa seperti ular, biawak, tikus, kucing, helang atau
    musang. 
    Can avoid the predators like snake, iguana, rat, cat, eagle or fox to enter inside the coop.
5) Sebaiknya pasangkan juga jaring halus untuk elak dimasuki nyamuk dan lalat pembawa penyakit.
    Much better if we put a net to avoid the vectors like mosquitoes and fly to enter inside the coop.
6) Melindungi daripada hujan dan suhu yang terlalu panas atau sejuk terutamanya reban yang
    berada di luar rumah/bangunan.
    Protect from rain and extreme weather especially an outdoor coop.  
7) Mudah dibersihkan.
    Easy to clean.

Akhir sekali yang selalu kita terlupa....Nak buat reban yang selamat daripada pencuri.. Huhu. Ni masalah besar sekali nak kena pikir panjang.
Last things that always we forgot.... To make a coop that safe from a thief.. Huhu. This is the big problems that should we think deeply.

Friday, 7 December 2012

Projek 2013 - Reban Baru (Project 2013 - New Home)

 


Reban reka dan buat sendiri saje... jimat kos, tahan lasak dan boleh buat ikut selera sendiri.
Design and create by my self... save coast, durable and can build like my own taste.




Friday, 30 November 2012

Tips untuk memilih alas tempat serama bertelur (How to choose bedding for serama nest box)


Tips kali ini nok kongsi la sikit ilmu yang tak seberapa ni dengan kawan-kawan semua pasal alas tempat serama bertelur. Gambar kat atas ni habuk kayu yang orang biasa guna buat alas hamster. Benda ni sebenarnya baik untuk buat alas kotak bertelur bagi serama tapi kosnya mahal la sikit.

This time let's me to share with all of you about the bedding for the seramas nest box. The picture above shows the  shavings wood that usually we used as a bedding for small pets like hamster. Actually this materials is suitable to be the bedding for seramas nest box but the coast is quite expensive.   

 























Antara kebaikan menggunakan habuk kayu ini sebagai alas kotak bertelur serama ialah:
The advantages by using this shavings wood to be the bedding for seramas nest box are:

1. Kurang hama yang boleh menyebabkan anak ayam baru menetas mati dikerjakannya.
    Less mites that can cause the hatching chicks died.
2. Boleh memerangkap haba lebih baik semasa induk sedang mengeram dan telur boleh menetas 
    dengan peratusan yang lebih tinggi.
    Can remains heat better while the seramas hen incubating their eggs so the hatchery percentage
    will be increases.

3. Boleh menyerap lembapan lebih baik dan mengurangkan risiko telur rosak.
   Can absorb moisture better and reduce the risks for the eggs to be rotten.
4. Bersih dan mudah dibersihkan apabila sudah tidak boleh digunakan lagi.
   Clean and easy to clean after been used.

Monday, 12 November 2012

Gaya Jengking Malaya (The Malayan Scorpion Styles)

 Gaya tarik
Stretch back styles

 Gaya selam yang tak berapa menjunam
Fully stretch back styles 

 Gaya lonjak dada
Straight chest up styles

 Gaya Kibas sayap
Flapping wing styles

Gaya berdiri sebelah kaki
Standing on one leg styles

Thursday, 8 November 2012

Delima Malaya (The Malayan Pomegranate)

 Namanya Delima Malaya. Nampak gayanya macam betina jer... Tu pasal letak nama Delima... ayu gitu.
Her name is Delima Malaya. Maybe she is female..

 Bagus juga kalau betina, boleh buat pasangan dengan Betik Malaya.
If this chicken is female I want to match her with Betik Malaya

 Ni dia pasangannya... Betik Malaya. Hari tu kecik lagi tak tahu lagi jantinanya tapi skarang dah kompom jantan. Tengok jer balungnya.. dah muncul.
This is her couple... Betik Malaya. Before this I'm not sure his gender because too small. But now I'm sure he is male when his crown was grown.

 Amacam... ada serasi ka??? Kita tengok jer nanti apa citer bila dah besor.
What do you think.... Matching or not??? Just wait and see..





Dayang Malaya

 Induk yang cantik. Bulu, kaki dan paruh satu set kuning.
Beautiful hen. Feathers, legs and beak are yellow in colour.

 Dada yang besar dan bulu yang kemas
Big chest and the feathers are neat and tidy

Ada gaya
Having styles

Thursday, 1 November 2012

Jengking Malaya (The Malayan Scorpion)

 Gaya tarik, kadang-kadang selam, lonjak dada dan kibas sayap
Stretch back styles, sometimes got fully stretch back styles, straight chest up styles and flapping wing styles.

 Aksesori yang cantik
Nice accessories 

Cuma satu je kureng sikit... pada kakinya. Bukan pendek tapi tak berapa panjang jer.. huhu..
Just one things was not perfect.. his legs was short. huhu.. 

Dah lama tak upload video.. boleh layan video ni kalau nak puas hati tengok gaya ayam jantan ni.
Enjoy this video to observe the styles of this rooster.

Sunday, 21 October 2012

Tips untuk memilih makanan serama. (How to choose the food for serama)

 Serama ialah haiwan omnivor yang makan tumbuhan dan haiwan lain. Jadi sebaiknya pelbagaikan makanan serama untuk memastikan serama anda mendapat diet seimbang. Jika serama dalam proses pembiakan bekalkan pelbagai jenis makanan setiap hari dan jangan hadkan kuantitinya. Jika serama dalam latihan untuk pertandingan kawal pemakanannya dari segi kuantiti tetapi masih perlu pelbagaikan makanannya. Sekali sekala berilah ayam makan rumput atau biarkannya makan batu kecil untuk sistem pencernaannya.

Seramas are an omnivorous animals that eats plant and other animals. Feed your seramas with various food to make sure they get a balance diet. If your serama under breeding process, feed your serama everyday with unlimited various food. If your serama under training for the contest, feed your seramas with limited food but still giving them the varieties. Every week let your seramas eating grass and small stone for their digestion system.

 Sekoi - Baik untuk tulang dan cangkerang telur
Sekoi - good for the bones and the eggs shell.

 Jagung -  baik untuk tenaga ayam
Corn - good for energetic chicken.

Dedak Gold Coin - Baik untuk pertumbuhan dan otot
Gold coin pallet - good for growth and muscle  

Dedak telur - Baik untuk induk betina 
The eggs stimulants pallet - good for seramas hen.

Padi burung - Baik untuk pencernaan. 
Paddy - good for digestion.


Saturday, 20 October 2012

Telur Oh telur (Eggs Ooo Eggs)

 Kalau telur-telur ini menetas semuanya..... agak-agaknya apa akan jadi kat reban Malaya? Riuh semalaya la jadinya...
If all of this eggs hatching.... What will happen to my little farm? For sure it will be crowded and noisy. 

Ini semua adalah telur tiga ekor induk pemalas kat reban Malaya..
The all eggs above are from the lazy serama hens at my little farm...

 Induk pemalas 1 (Seri Malaya)
The lazy hen 1 (Seri Malaya)

 Induk pemalas 2 (Dara Malaya)
The lazy hen 2 (Dara Malaya)

Induk pemalas 3 (Tsunami Malaya)
The lazy hen 3 (Tsunami Malaya)

Betik Malaya (The Malayan Papaya)

 Diam-diam sebenarnya kat reban ada anak baru. Betik Malaya nama dia. Kenapa Betik pulak? Mungkin sebab dia comel macam betik. Huhu..
Actually at my little farm had a new chick. The name is Papaya. Why Papaya? Maybe because he/she is cute like Papaya...Huhu.

 Si Betik ni memangla bergaya betul... Tengok dia tarik kat reban tak jemu mata memandang. Harap-harapla boleh kekalkan dan tingkatkan gaya dan bentuk badan ini sampai besar.
This little Papaya got styles. Got nice body posture. I hope the styles and the body posture will be lasting and improving while growing to adult.

Leher panjang dan lembut. Harap boleh selam bila dah besar nanti.
Long and soft neck. Hopefully can be fully stretch back in the future. 

Jejaka terhangat di Malaya (Hottest guys in Malaya)

Serama ini berubah warna peringkat demi peringkat dari hitam+putih dan akhirnya menjadi warna hitam+merah. Bulu sayap dan dada kebiruan. Warna ekor kehijauan. Warna bulu tengkuk dan pinggang kemerahan.

This serama changing colour step by step from black+white and finally transform into black+red. The wing and chest colours become blue based. The tail colours become green based. The neck and the back colours become red.



Dewasa
Adult



Muda
Young



Remaja
Teenagers

Ayam Jual Tak Laku.... (Nobody wants to buy this serama..)

Ayam ini pernah saya masukkan dalam mudah.my untuk dijual dengan harga Rm100 saja dan boleh mintak kurang lagi tuu. Tapi takde sorangpun call ke sms ke nak tanya pasal ayam ni.. huhu.... kesian..
I offers this serama at mudah.my for Rm100 only and the buyers also can negotiable the price but nobody interested with this serama. Huhu..... so sad. 

Tapi baik juga tak laku.. dah berubah macam ni... tak mudah nak dilepaskan lagi...
But now... after the serama changing into this shape.... not easy to let go this serama again.

 Itulah cerita ayam serama di atas ini...kisahnya umpama rama-rama, semasa kecilnya adalah beluncas yang hodoh tapi bila tiba masanya ia berubah menjadi rama-rama yang indah...  
That is the story of the serama above... Like a butterfly.... Being an ugly caterpillar first before changing into beautiful butterfly someday. 

Saturday, 29 September 2012

Miss Cempaka - Perubahan selepas mandi (Changes after bathing)

 Sebelum mandi
Before taking bath



Selepas mandi
After taking bath