Monday, 30 July 2012

11. Kesimpulan (Conclusion)


Serama yang hebat memiliki kombinasi pelbagai gaya dalam menonjolkan keunggulan penampilannya sehingga dinobatkan sebagai juara. Apabila sudah memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan maka layaklah serama tersebut ke peringkat yang menentukan siapa yang terunggul diantara juara setiap kategori iaitu peringkat Best Of The Best (BOTB). Serama yang berjaya merebut gelaran BOTB bermaksud dialah sang juara yang terbaik di antara semua juara untuk pertandingan tersebut.


The great seramas got combination of styles to presence their greatness until they become a champion. After won in the category contest the serama was qualified to The Best Of The Best (BOTB) contest. The winner in the BOTB contest will grab the title BOTB and will be declared as the champion among of the champions for the contest.

BPR Cikgu Loh Vistana


Sri Kenyir Saudara Hairul Sri Mas

Monday, 23 July 2012

10. Gaya Melompat (Jumping Style)

Gaya ini memerlukan serama untuk membuat lompatan. Aksi lompat ini jarang-jarang boleh diperhatikan. Serama yang beraksi di atas meja pertandingan dengan gaya melompat ini biasanya akan memenangi pertandingan tersebut. Kalau tak menangpun mesti antara top 5 yang terbaik. Tapi awas... jangan sampai lompat turun dari meja pertandingan pula...

Seramas must make a jump to shows this style. This jumping action was very rare to be observed. Usually the seramas whose showing this style won the competition or in the top 5 list. But.. beware... make sure your serama don't jumping out from the table in the contest.  




Serama Pok Ek Dungun

Serama Remie

Tuesday, 17 July 2012

9. Gaya Berjalan (Walking Style)


Kebanyakan serama kurang berjalan semasa di atas meja pertandingan walaupun menunjukkan gaya badan yang menarik. Oleh itu serama yang aktif berjalan di atas meja mempunyai kelebihan untuk menarik perhatian orang ramai dan juga juri kerana pergerakannya yang tidak kaku menyebabkan tidak jemu mata memandang.

Most of seramas have a less walking on a table in the contest even they shows very nice body styles. So the seramas whose actively walking on a table have an advantages to attract peoples around and also the judges because of their motion. 


1. Gaya Berjalan Robot (Robot Walking Style)




2. Gaya Berjalan Pahlawan (Warrior Walking Style) 




3. Gaya Berjalan Aktif (Active Walking Style)



8. Gaya Berkokok (Crows Style)

Berkokok adalah lumrah biasa bagi seekor ayam jantan. Serama yang suka berkokok menunjukkan ia seekor ayam yang sihat, riang dan berkeyakinan. Kokokan yang padu dan penuh keyakinan menonjolkan kehebatan serama tersebut.

Crowing is the nature of a rooster. The serama whose like to crow shows that he was healthy, happy and confidence. The full of confidence while crowing presence the greatness of the serama.    


Raja Malaya

Putra Malaya

Serigala Malaya

Saturday, 14 July 2012

7. Gaya Berdiri Sebelah Kaki ( Standing on one leg style)


Untuk gaya ini serama perlu mengangkat sebelah kakinya semasa berdiri. Kaki yang kuat sangat membantu serama untuk berdiri sebelah kaki. Antara cara untuk menguatkan kaki serama ialah membiarkan serama mengais atau mengorek tanah, berlari, berenang dan bertenggek atas palang kayu atau orang kelantan panggil canggul.

For this style the serama need to standing on one leg. The strong legs was needed to help serama achieve this style. A few approaches we can use to help serama having a stronger legs are let them  scratch or dig up the soil, running, swimming and perching on a branch. 




























Video di bawah ini satu cara nak kuatkan kaki ayam
The video below is one way to strengthen the chicken legs.  

Tuesday, 10 July 2012

6. Gaya Kibas Sayap (Flapping Wings Style)

Gaya ini memerlukan serama mengibas sayapnya. Kibasan yang padu dan bertubi-tubi memberi daya tarikan yang luar biasa kepada serama yang memiliki gaya ini.

To achieve this style the serama must flap their wings. If the serama can flapping their wings harder and continuously it will be awesome and attractive. 




Serama Sri Bidong/ Serama Awang Selamat

5. Gaya Gegar atau Getar atau Kocok (Vibrating Style)

Gaya ini menonjolkan ciri-ciri istimewa serama yang diwarisi dari keturunanya iaitu leher bergetar. Biasanya ayam yang memiliki ciri-ciri ini dari keturunan Hussin Kijang. Antara serama yang menjadi ikon dengan menonjolkan ciri gegar ini ialah serama yang diberi nama Raja Gegar kepunyaan Saudara Aiman dari Bachok Kelantan. Untuk melihat video Raja Gegar ini anda boleh layari seramamas.blogspot.com paparan bulan september 2009 bertajuk Raja Gegar Bachok.

This style shows the special characteristics of serama because of genetic factors that was carried from their parents. Their neck will vibrating. The serama that shows this characteristics usually from Hussin Kijang bloodline. Raja Gegar that was belongs to Mr Aiman from Bachok Kelantan is the iconic serama which having this style. To observe Raja Gegar videos you can visit seramamas.blogspot.com. Select September 2009 view and choose the title Raja Gegar Bachok.



Serama Sabah Malaysia - Cikgu Jai


Serama Sabah Malaysia - Cikgu Jai



Saudara Aiman Bachok dan seramanya Raja Gegar
Mr Aiman Bachok and his serama that was called Raja Gegar

Monday, 9 July 2012

4. Gaya Lempar Sayap (Wings Goes Forward Style)



Gaya ini agak kontrovesi kerana pada skema pemarkahan asasnya untuk mendapat markah tinggi pada bahagian sayap kedudukan sayap hendaklah tegak 90 darjah dengan sayap menutupi keseluruhan kaki dan hujung sayap tidak meleret tanah. Gaya ini biasanya menyebabkan sayap serama melangkaui 90 darjah dan tidak menutupi bahagian kaki.

This style is quite controversial because in the basic marking scheme to get high score for the part of the wings the position of the wings must be in 90 degrees then the wings must cover the whole legs and not dragging the ground. This style usually make the wings position more than 90 degrees and also not cover the whole legs.


                   
                 















Serama Barat Daya                                                                         Serama Meng KB



                                                            Serama Awang Selamat



Serama Utara
 

Serama Jalan Day

Thursday, 5 July 2012

3. Gaya Lonjak Dada (Straight Chest Up Style)

Gaya ini memerlukan serama mengangkat dadanya tegak ke atas dan kadang-kadang berdiri menggunakan hujung jari kakinya sebagaimana dikatakan berdiri berjinjit. Kalau diperhatikan sebenarnya hanya sedikit sahaja perbezaan antara gaya tarik, selam atau lonjak dada.

To achieve this style the serama need to stand and make their chest going up. Sometimes the serama standing by using their toe or we call it tip toe. This style look like similar with stretch back style but actually it is not same.

                                           
Serama cikgu Loh Vistana                                                                        Serama Sabah Malaysia


LESF

Serama Penang                                                                                 Serama Aries7


                                                                 Serama Pos

 Serama Malaya

Sunday, 1 July 2012

2. Gaya Selam (Fully Stretch Back Style)


Gaya ini adalah kesinambungan daripada gaya tarik yang diterangkan sebelum ini. Gaya ini lebih mengancam dan tidak banyak serama yang boleh mencapai tahap ini. 

This is the further version of the stretch back style that I was mention before. This style is gorgeous and only a few serama achieve to this level.  


Leher dan kepala ditarik sepenuhnya ke belakang
The neck and the head was fully stretch to the back

Tiada ruang kosong antara kepala dan ekor dan kelihatan seperti bercantum rapat.
No empty spaces between the head and the tail 

Dada terangkat dan kepala tenggelam
The chest was going up and the head was going down.

                            Akhirnya kepala tenggelam dilindungi oleh dada seolah-olah tiada kepala.
                    Lastly the head was gone covered by the chest and the serama was look like no head.

Serama Saudara Napi Padang Nenas - Perahu Siam


1. Gaya Tarik (Stretch Back Style)



Ini adalah gaya asas untuk menjadi seekor serama yang hebat. Leher melengkung dan kepala ditarik ke belakang. Rakan-rakan boleh perhatikan contoh-contoh ayam yang menonjolkan gaya ini seperti gambar di bawah. Saya kekurangan gambar yang menarik jadi ada gambar di bawah ini saya ambil dari blog rakan-rakan. Jangan marah yea....


This is the basic style to be the great serama. The neck turn into curve shapes and the head was stretch back. The pictures below are the examples of serama that shows this style.


Serama Malaya


Serama Malaya


Serama Cikgu Loh Vistana


Serama Penang


Serama Sri Gading / Galaxy Rain Farm