Thursday, 26 April 2012

Anak Raja Malaya + Ratu Malaya generasi 1



 Anak serama baru menetas, nampaknya macam warna kuning jugak ni..
A new chick was hatching, maybe yellow in colour..

Mungkin jantan atau betina???... Mmmmm tengok je la nanti
 Maybe male or female???... Mmmmm just wait..

Tips untuk membuat bekas makanan ayam (How to make a chicken food container)


Cara-Cara Membuat Bekas Makanan Ayam Menggunakan Bahan Kitar Semula
Ways To Make The Chicken Food Container Using Recycle Materials

 1) Dapatkan botol Ribena kosong seperti dalam gambar di atas.
Get an empty Ribena bottle as shown in the picture above.

 2) Potong mengikut alur garisan bahagian atas. Kita gunakan botol Ribena
kerana ada dua alur garisan yang penting dan ianya tebal serta tahan lasak.
Cut along the upper groove line. We use Ribena bottle because
 it have two important groove line, thick and durable. 

 3) Kemudian ambil bahagian bawah, bahagian lain tak diperlukan.
Then take the bottom side, the other side we didn’t use it.

4) Dapatkan playar dan potong dua utas dawai sama panjang.
Get a pliers and cut a wire into two pieces with the same length

 5) Ikat dawai tadi disepanjang alur garisan botol ribena tersebut.
Tie up the wire along  the groove line at the ribena bottle

 6) Pintal dawai tersebut dan potong hujungnya supaya kemas
Spin the wire and cut at the end of the wire

 7) Ambil dawai yang kedua dan ikat disepanjang alur yang sama pada botol.
Take the second wire and tie up along the same groove line at the bottle

 8) Potong hujung dawai dan gerakkan dua ikatan dawai tersebut untuk mendapat posisi yang sesuai.
Cut at the end of the wire and get the suitable position by moving the both wire at the bottle.

 9) Naikkan dawai ke atas
Pull up the wire

 10) Bengkokkan dawai ke bawah
Bend the wire to the bottom side

 11) Sangkutkan bekas makanan pada dinding reban
Hook the container to the wall

12) Sekarang, dengan kos 20 sen bekas makanan ayam ini sudah siap untuk digunakan…
Selamat Mencuba..
Now, by the coast about 20 cent, the chicken food container is ready to used….
Happy to do it by yourself..


Thursday, 12 April 2012

Raja Malaya (The Malayan King)

Ayam ni sudah tua sebenarnya. Gayapun dah kureng tapi tak la sampai terjun meja. Dah menjadi pembaka sepenuh masa.
This rooster actually old already. Lack of action but still consistence standing on a table top...

Badannya sudah gemuk sedikit kerana kurang senaman tetapi potongan badan masih ada..
The weight become heavier but still had the body posture.

Masih lagi kuat untuk menghasilkan anak. Kalau setakat 3 ekor betina tu biasa saja...
Still got the strength to produce young. Usually can handle 3 female at the same breeding season.

Putra Malaya (The Malayan Prince)

Ingat lagi pada ayam dalam video ini? Ya, inilah Putra Malaya yang saya ada postkan gambarnya sebelum ini. Ini pula videonya. Masih kecil lagi tapi sudah berkokok bertubi-tubi.
Do you remember the chicken in this video? Yes, it's Putra Malaya that I post his picture before. Now, I show his video. Still young chicks but able to crows again and again.

Putra Malaya dan Dara Malaya makan rumput untuk mendapatkan sedikit serat bagi pemakanan seimbang.
Putra Malaya with Dara Malaya eating grass to get some fibre for a balance diet.

Lebah Malaya.. kecil-kecil lagi dah boleh berkokok.. Tak percaya? boleh tengok videonya dalam blog ni, kat you tube pun ada.
Lebah Malaya still young but able to crow. Don't belive it? look at his video in this blog or you tube...

Inkubator (Incubator)

Kadang kala saya hadapi masalah ibu ayam tak mahu mengeram telur. Maka untuk mengelakkan telur rosak dan membazir maka inkubatorlah penyelesaiannya.
Sometimes I got problems because certain serama hen do not incubating their eggs naturally. To avoid wastage so I use incubator machine.

Inkubator ini beroperasi secara manual. Saya beli dari saudara Rezuan Pendang Kedah. Harganya RM400. Banyak la jugak anak ayam menetas dari inkubator ni. Kalau berminat boleh berurusan dengan beliau sendiri, no phone beliau 016 5538950.
This incubator manually operated. I bought from Mr. Rezuan Pendang Kedah. The price is RM400. Most of the eggs are hatching by using this incubator. If you interested with this product you can contact himself by this phone number 016 5538950.

Sunday, 8 April 2012

Tebuan Malaya.. Adik beradik lebah Malaya.. Lebih kurang sama je dua beradik ni.
Tebuan Malaya ( The Malayan Hornet).. Lebah Malaya's brother... Look like similar.

Balung yang halus sudah keluar tak sama macam bapaknya balung sendeng yang besar tapi badan pulak yang kureng... Takpe ni baru ujikaji awal.
Nice small crown not like his father but the body posture not very impressive. For the first experiment result I think it's not so bad.

Saturday, 7 April 2012

Berwarna kuning bercampur hitam........... maka diletaklah nama Lebah Malaya..
The colour is yellow mix with black.... so I put his name Lebah Malaya ( The Malayan Bee)

Anak kepada Raja Malaya..... Gaya ada tapi belunjur habis.  Mudah-mudahan ada perubahan bila dah masuk remaja.. Insyaallah..
The son of Raja Malaya. Got the action but the body was not very impressive at all.  Hopefully the total change will happen when he was teenagers. Insyaallah...
Gambar terkini Serigala Malaya. Mempunyai aksesori yang cantik dan potongan badan yang menarik.
The latest picture of Serigala Malaya. Having beautiful part of the body and also got nice body cutting.

Tarik tetapi belum selam... harap-harap boleh la selam pulak lepas ni... Insyaallah...
The head was stretch back but not fully stretch yet... hopefully he can fully stretch soon.. Insyaallah.

Saiznya sangat kecil. Berat 230 gram. Anda boleh ramalkan saiz ayam ini dengan lihat gambar di atas..
 The size was very small. The weight is 230 gram. You can predict this rooster size from the above picture...

 Balung lilin.. licin dan berkilat. Berwarna merah terang bagai api yang membara.. lebih-lebih la pulop... sorii.
Waxy crown.. smooth and shiny. The colour is brightly red like a fire...


Ekor yang kembang terbuka, tersusun dan lawi keras terpacak bagai pedang.. Tu belum mekap lagi tuu... mandipun dok lagi..
The tail was open, nice arrangement and the top tail was hard and straight like a sword..

Monday, 2 April 2012

Tips untuk membiak serama (How to breed serama)


4 WAYS HOW TO BREED SERAMA
4 CARA BREDDING AYAM SERAMA

1. PUREBREEDING

Breed serama from the same bloodline. This technique was applied when this serama bloodline always be champion. This technique usually applied by the breeder that very fanatic to the choosen serama bloodline. For example, Serama A bloodline must be mix with the serama A bloodline only. 

Mengahwinkan Ayam Serama dari baka yang sama atau susur galur yang sama. Teknik ini diamalkan apabila kita mengetahui yang Ayam Serama dari baka ini sentiasa menjadi juara. Selalunya cara ini digunakan bagi peminat yang betul - betul fanatik dengan sesuatu baka tersebut. Contohnya: Ayam Serama A dikawinkan hanya dengan Ayam Serama A sahaja.

2. INBREEDING

Breed serama that have some bloodline relationship. This technique was applied when we want to explore the mystery characteristics from the choosen bloodline. This technique need fully controlled discipline and fix schedules. For example, The A bloodline rooster mix with a hen that we knows carry the A bloodline. This ways need at least 3-4 years to produce the great Hussin 2000 bloodline by breed the rooster with their daughter and granddaughter and great-granddaughters….
  
Mengahwinkan Ayam Serama dari Ayam Serama yang mempunyai pertalian darah. Cara ini dilakukan apabila kita mahukan ciri - ciri yang tersembunyi dari baka tersebut. Cara ini memerlukan displin yang tinggi kerana memerlukan inbreeding terarah dan terkawal. Contohnya : Seekor Ayam Serama Jantan Baka (A) dikawinkan dengan Induk yang dipercayai/ketahui mempunyai darah Baka (A). Cara ini memerlukan sekurang - kurangnya 3 - 4 tahun untuk mengeluarkan semula darah Baka Hussin 2000 itu dengan cara mengawinkan semula diantara bapak dengan anak, cucu & cicit.

3. CROSSBREEDING

Breed serama from 2 different bloodline without any relationship. From this gamble breeding technique hopefully can produce a serama that have the great characteristics from the mix bloodline. For example, Serama A mix with serama B produce new serama bloodline with the mix caracteristics from their parents.
 
Mengahwinkan Ayam Serama dari 2 jenis baka yang berdarah murni tanpa pertalian darah. Dengan cara ini diharapkan lahirlah Ayam Serama yang unggul dari kedua dua belah pihak. Contohnya : Ayam Serama Baka (A) dikawinkan dengan Ayam Serama Baka (B).

4. UPGRADING

Mix serama from the great bloodline with the ordinary bloodline that have good performance. This ways usually used by the breeder that vary confident with their own bloodline. Every step must be under controlled, means every young must be breed with their parents to get the new generation with the improvement bloodline. The more the generations the greater the serama to be. 

Mengahwinkan Ayam Serama dari baka unggul dengan baka biasa-biasa sahaja yang dilihat bergaya. Cara ini biasanya dilakukan oleh mereka-mereka yang yakin dengan baka sendiri. Setiap teknik yang digunakan mestilah di dalam keadaan dikawal maksudnya setiap anak serama yang dihasilkan mestilah dikahwinkan semula dengan bapak atau induknya semula bagi mendapatkan generasi yang lebih cantik dan hebat bergaya. Lagi banyak tingkatan generasinya lagi hebat seseekor Ayam Serama tersebut.