Friday 22 June 2012

Tips nak mandikan ayam waktu malam (How to wash serama at night)



Saya percaya ramai rakan-rakan juga seperti saya sibuk bekerja di siang hari dan balik rumahpun dah nak malam. Tengok ayam kat reban berserabai tak terurus. Kesian pulak tengok ayam kita macam tu. Nak mandikan hari dah nak malam nanti ayam mati kesejukan pulak. Sekarang rakan-rakan boleh cuba cara ini, lepas mandikan ayam waktu malam keringkan bulunya dengan masukkan dalam inkubator. Jangan guna inkubator automatik takut ayam pening kena golek kat dalam tu. Kalau inkubator tu kecil sangatpun tak boleh jugak kerana ayam jadi tak selesa. Setkan suhu antara 35 darjah celcius hingga 38 darjah celcius atau agak-agak suhu tu sesuai kira oklah tu. Biarkan hingga bulu ayam tersebut kering dan masukkan semula ke dalam reban. Jangan setkan suhu terlalu tinggi takut nanti ayam rakan-rakan jadi ayam panggang pulak.. huhu. Kawan-kawan juga boleh guna alat pengering rambut untuk mengeringkan bulu ayam tapi banyak kerja la sikit kena buat.. selamat mencuba....

I belive most of you are working person just like me. When we arriving at home it was twilight already. How should we do if we want to wash our serama and keep them dry? We can use an incubator to make them dry. Don't use an automatic incubator or small size incubator because it is not suitable for this purpose. Put the temperature between 35 degrees to 38 degrees or any temperature which you think it is suitable. Make sure the temperature was not very high if you don't want your serama turn into roasted chicken.. huhu.. We also can use hair drier to make our serama dry but this way need a lot of work to do. Have a nice day...




Saya dah cuba dan ianya berjaya
I have done already and it was succeed.

Jantan Muda 3 Beradik (The 3 brothers young cockerel)


Kalau dilihat sekali imbas macam sama jer tiga ekor serama ni. Tetapi jangan tertipu....Sebenarnya ayam ini 3 beradik yang hampir serupa . Perangai garang dan suka mematuk tangan sampai kadang-kadang tu naik geram juga dibuatnya. Aksesori juga menarik dengan lawi yang keras tercacak, bulu kuning emas berkilat, balung kecil dan tidak sendeng, kaki panjang dan tinggi kecuali Lebah Malaya . Kelemahan ketara ayam ini ialah kepalanya tidak tarik ke belakang menjadikan bentuk badannya agak belunjur dan kurang menarik.

This cockerels look like similar.. Actually they are brothers. Fierce and having nice accessories such as golden and shiny colour, good arrangement of tail and the top tail is hard, small crown and tall except Lebah Malaya. The major weakness of this cockerels are their head was not stretch back cause their body posture become not impressive.

 Tebuan Malaya
The Malayan Hornet 

 Lebah Malaya
The Malayan Bee

Kumbang Malaya
The Malayan Beetle 

Thursday 21 June 2012

Anak Ratu Malaya + Raja Malaya ( Ratu Malaya + Raja Malaya offspring)

 Kategori anak a
a chicks category

 Macam betina je nampaknya
look like a female

Belum nampak ada potensi lagi
Do not shows any potential yet. 

Anak Putri Malaya + Raja Malaya ( Putri Malaya + Raja Malaya offspring)

Belum ada nama lagi. 
Do not have a name yet.

Masih membesar bersama induknya
Still growing around his parent.    

Nampak macam menjadi jer projek kali ni.
This time my R&D look like succeed.  


Sudah nampak gaya tarik
shows stretch back style

 kadang-kadang ada gaya lonjak dada
sometimes shows straight chest up style

Monday 18 June 2012

Ratu Malaya dan anaknya (The Malayan Queen and her offspring)


Menetas seekor saja 
hatches just one little chick
Patutlah ayam serama mahal harganya. Nak dapat sekor anakpun susah.
Serama is quite difficult to breed. That's one of the reason why the serama very expensive pets.  

Dah menetas, nak jaga sampai dah lepas tempoh kritikal juga mencabar.
After hatching, need full attention until the chicks can survive.

Thursday 14 June 2012

Putri Malaya dan anaknya ( The Malayan princess and her offspring)

 Putri Malaya bersama anak tunggalnya yang baru berusia seminggu
Putri Malaya with her chick 

 Sedang berehat dan memanaskan badan di bawah lampu.
Resting and keep warming under the heat source.

 Sekali sekala anaknya keluar dari bawah badan ibunya
Once a time her chick come out from under his mom body.

Putri Malaya adalah induk yang cemerlang. Anaknya dijaga dengan baik. 
Putri Malaya is the great parent. Taking care her chick very well

Monday 11 June 2012

Seri Malaya ( The Malayan Beauty)

Memperkenalkan Seri Malaya.........Anggun berseri, memikat hati..,,
Introducing Seri Malaya... glowing beauty, gorgeous..... 

Saiz yang kecil... potongan badan yang menarik
Small size ... nice body posture..

Gaya tarik dan selam serta berdada montok.. 
Stretch back style then have a big chest..

Juga bergaya lonjak dada.... 
Also got straight chest up style...